Tuesday, February 10, 2009

Aku Tak Faham 6

1. Kenapa aku tak pernah sangkut dengan mana-mana MLM.

2. Kenapa orang-orang celik komputer (seperti aku dan kamu) tidak boleh hidup tanpa Facebook?

3. Dj-dj Xfresh (sekarang X fm) yang kedengaran seperti kurang bijak (bukan bodoh) berbanding lagu-lagu tempatan yang dimainkan di stesen tersebut, yang kedengarannya semakin bijak.

4. Kenapa ada orang suka jalan ramai-ramai (sambil gelak ketawa) di tengah-tengah jalan? Aku langgar, kang! *

5. Kenapa kereta-kereta berlampu halogen yang memeningkan mata, siap dengan spoiler kapal terbang dan ekzos sebesar paha dengan (bunyi kapal terbang) dibawa perlahan di lorong kanan? Ulang *

6. Kenapa ada orang suka lintas jalan tak tengok kiri kanan? Ulang *

7. Kenapa aku tak pernah kenal rapat (walau dengan seorang pun) dengan saudagar MLM yang kaya-raya dan hanya goyang kaki tiap hujung bulan. Yang gagal ramailah…

Wednesday, January 21, 2009

Aku Tak Faham 5

1. Kenapa Bob Melayu kebanyakannya gempal-gempal belaka, manakala Joe Melayu badannya sedang-sedang dan kurus. Andy Melayu pula selalunya agak kacak dan suka perasan (bahasa gampang - poyo). Mike Melayu pula (jika ikut pengalaman aku) sentiasa menjadi ‘mamat serba semua tahu’ (Mr. know it all) dan punya cita-cita tinggi, salah seorang yang aku kenal mahu jadi penyanyi terkenal dan mahu pecah pasaran Indonesia.

2. KeNaPA aDA OrANG SuKA saNGAT TuliS MaCaMNi? Geram bila nak baca daa…

3. Kenapa tak banyak persoalan gampang di dalam kepala otak aku sekarang???

4. Kenapa pereka couture Malaysia tidak terfikir untuk komersialkan fesyen klasik ‘berkemban kain batik di tepi sungai’ hingga ke peringkat antarabangsa? Namakan saja ‘Kembatik’ (macam lari tajuk aje)

5. Kenapa awek lawa-lawa dan seksi-seksi suka ikut perempuan berambut pendek berdada leper yang memasukkan baju dalam seluar dan suka ‘usya’ orang macam nak bertumbuk. Apa depa ada? Plastik je, tau?

6. Kenapa kerja tak habis-habis? Ha… aku tahu! Sebab duit tak pernah nak cukup-cukup.

7. Kenapa Facebook aku kena block!!!??

Wednesday, January 14, 2009

Aku Tak Faham & Aku Dok Pahang 4

1. Kenapa tak boleh cakap “aku tak faham” bila anda sebenarnya tak faham ketika orang lain sedang cuba buat pemahaman? Kenapa perlu angguk dan buat-buat tahu, padahal tak faham dan tak tahu? Adakah kerana nak jaga hati orang, lantas anda pun jadi tak faham. Jika anda mengaku tak faham, besar kemungkinan orang tersebut akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menerangkan semula kerana dia rasa dirinya penting atau memang rasa bertanggungjawab untuk memberi kefahaman. Cuma… JANGAN cakap “tak faham” lima enam kali kepada wanita-wanita yang sedang datang bulan.

2. Bagaimana perisik boleh hilang/muncul sekelip mata di dalam filem-filem mereka. Adakah mereka berlari atau melompat dari pandangan orang itu? Contoh: Sean Connery dalam filem Entrapment (ini terjadi di stesen Star-LRT Pudu tau!) tiba-tiba hilang dari pandangan Catherine Zeta Jones dan muncul semula di belakangnya (selepas itu kedua-duanya hilang ketika sebuah LRT lalu, hilang dari Polis Malaysia). Juga ketika Matt Damon sebagai Jason Bourne yang tiba-tiba lenyap dari pandangan selepas beberapa kenderaan lalu-lalang dalam Bourne Identity. Maaf, soalan ini amat naif.

3. Kenapa nak letak kacamata hitam di atas kepala apabila matahari tengah terik? Pakai ajelah.

4. Kenapa bila tak faham, perlu garu kepala? Cuba garu benda lain.

5. Kenapalah Khairi Jamaluddin tak jadi menantu Anwar Ibrahim. Kalau tidak, situasi mungkin bertukar-lipat. Aku tahu, dah jodoh…

6. Kenapa ramai orang naik motosikal suka pakai baju atau jaket terbalik. Bukankah molek kalau pakai ke depan dan butangkan.

7. Aku dok pahang. Kenape RTM, siarang kegemarang aku nih… tibe-tibe selalu je mainkang lagu kegemarang aku, Blues Ganu Kite dari kumpulang Ikleng tiap-tiap hari sekarang nih! Ohhoh… yeye… aku pahang doh! Pilihangraye kecek kan dah dekat doh! Hmm… strategi mesrhe nih.

Aku Tak Faham 3

1. Kenapa orang minat Mawie. Jangan jawab sebab aku cuma tak faham.

2. HTTP, HTTPS, TCP/IP, WEP, RPC... kenapa laptop aku susah sangat nak curi gelombang internet jiran ni?

3. Kenapa aku masih tulis tentang apa yang aku tak faham sampai pukul tiga pagi.

4. Kenapa duit aku banyak sangat! (Psikologi terbalik) Eh... kenapa gaji bulan ni masuk awal sangat ya? Saya tak kisah, gaji bulan lepas pun tak habis lagi.

5. Kenapa makcik-makcik sedang berkebun di kampung dalam drama swasta Melayu berambut kuning berbelang-belang dan tak ada bulu kening? Aku tahu.. a bit cliche but, it’s still relevant.

6. Kenapa dunia bolasepak dan dunia seni Malaysia jatuh merudum pada masa yang sama, walaupun kita sudah ada Posh-Beckham versi sendiri?

7. Band-band baru dari Indonesia dan kenapa orang minat Mawie.

Aku Tak Faham 2

1. Kenapa pak-pak menteri suka sangat menyanyi lagu ‘My Way’ (Frank Sinatra) setiap kali naik pentas bila diberi peluang karaoke. Adakah dengan secara tak langsung dia ingin menggambarkan polisinya setiap kali mengambil-alih sesebuah kementerian baru atau itu sahaja lagu yang dia yakin boleh nyanyi dengan terbaik? Lagipun, orang pasti akan memberi tepukan gemuruh setiap kali lagu tersebut habis dinyanyikan.

2. Entah siapa-siapa yang rajin menghantar ayat-ayat seperti ini ‘she felt it so tight and so good’ setiap hari ke emel aku, menggunakan nama aku sendiri. Hish… panjang.. ehh.. pandai sungguh.

3. Kenapa orang berambut kerinting nak luruskan rambut.

4. Kenapa siri-siri realiti nyanyian lain tak pernah boleh ‘lipat’ Akademi Fantasia.

5. Kenapa Facebook banyak sangat permainan-permainan yang comel-comel, yang kebetulan banyak buang masa orang. Orang usaha nak elak perang macam Israel-Arab tu, mereka sibuk ‘perang geng’ pula. Haha…jangan marah geng.

6. Kenapa Mawie suka menyanyi. Kan bagus kalau dia jadi tahfiz je.

7. Kenapa aku yang kacak ini selalu dingorat oleh gay-gay yang berbadan gempal, bukan gadis-gadis comel berkaki panjang yang punya potensi besar di dalam bidang penyiaran dan peragaan. Sheesh…

Aku Tak Faham 1

1. Kenapa orang buat nasi lemak tak sedap masih nak letak nombor telefon mereka di pembungkus nasi yang dah kusam tu? Aku usulkan perkara ini kepada kawan sepejabat aku. Komen dia, “supaya orang boleh komplen pasal nasi lemak dia yang tak sedap tu!” Aku dan dia gelak berdekah-dekah.

2. Kenapa semua orang kata mereka pandai, lebih-lebih lagi yang bodoh dan lebih teruk lagi, sombong.

3. Duit tak pernah cukup-cukup.

4. Sarikata DVD selalu hentam keromo. Tak payah letak pun tak apa!

5. Kenapa kena bayar tol mahal RM1.60 hanya untuk sesak-sesak selama sejam dua di kawasan Sunway dan Puchong setiap pagi dan petang.

6. Kenapa hujan rintik-rintik, tumbuh bunga lalang?

7. Politik Malaysia.