Wednesday, January 14, 2009

Aku Tak Faham & Aku Dok Pahang 4

1. Kenapa tak boleh cakap “aku tak faham” bila anda sebenarnya tak faham ketika orang lain sedang cuba buat pemahaman? Kenapa perlu angguk dan buat-buat tahu, padahal tak faham dan tak tahu? Adakah kerana nak jaga hati orang, lantas anda pun jadi tak faham. Jika anda mengaku tak faham, besar kemungkinan orang tersebut akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menerangkan semula kerana dia rasa dirinya penting atau memang rasa bertanggungjawab untuk memberi kefahaman. Cuma… JANGAN cakap “tak faham” lima enam kali kepada wanita-wanita yang sedang datang bulan.

2. Bagaimana perisik boleh hilang/muncul sekelip mata di dalam filem-filem mereka. Adakah mereka berlari atau melompat dari pandangan orang itu? Contoh: Sean Connery dalam filem Entrapment (ini terjadi di stesen Star-LRT Pudu tau!) tiba-tiba hilang dari pandangan Catherine Zeta Jones dan muncul semula di belakangnya (selepas itu kedua-duanya hilang ketika sebuah LRT lalu, hilang dari Polis Malaysia). Juga ketika Matt Damon sebagai Jason Bourne yang tiba-tiba lenyap dari pandangan selepas beberapa kenderaan lalu-lalang dalam Bourne Identity. Maaf, soalan ini amat naif.

3. Kenapa nak letak kacamata hitam di atas kepala apabila matahari tengah terik? Pakai ajelah.

4. Kenapa bila tak faham, perlu garu kepala? Cuba garu benda lain.

5. Kenapalah Khairi Jamaluddin tak jadi menantu Anwar Ibrahim. Kalau tidak, situasi mungkin bertukar-lipat. Aku tahu, dah jodoh…

6. Kenapa ramai orang naik motosikal suka pakai baju atau jaket terbalik. Bukankah molek kalau pakai ke depan dan butangkan.

7. Aku dok pahang. Kenape RTM, siarang kegemarang aku nih… tibe-tibe selalu je mainkang lagu kegemarang aku, Blues Ganu Kite dari kumpulang Ikleng tiap-tiap hari sekarang nih! Ohhoh… yeye… aku pahang doh! Pilihangraye kecek kan dah dekat doh! Hmm… strategi mesrhe nih.

No comments:

Post a Comment